Feeling Alone?

Setelah lama hyung x menulis, hari ini agak terasa macam nak menulis semula blog ini. Entri ini agak berbentuk pribadi dan hyung hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup hyung, so anybody who not interest can go layan anime.

layan AngelBeats ni hah, syarat kena mampus dulu
Pernah x anda merasa kesunyian yang amat sangat sehinggakan keluar segala ingatan dan memori lama. selalunya memori tersebut menggambarkan beberapa teman atau ahli keluarga yang rapat dengan kita dan mempunyai kenangan menarik untuk diingati. Hyung hadapinya hari ini dan keadaan hyung amatlah tidak menentu. Bukan maksud hyung hidup hyung x terurus, peliknya terlebih terurus berbanding hari biasa. bilik kemas, pinggan bersih, segala binatang peliharaan hyung bagi makan lebih lagi. 

Selalunya perkara ini berlaku bila kita keseorangan dan tiada sesiapa yang kita boleh fikirkan dapat membantu kita. Dalam drama korea selalunya apabila ada watak keseorangan atau kesunyian, pasti ada watak lain yang datang membantu menghilangkan perasaan tersebut. Tetapi situasi tersebut bagi hyung hanyalah satu babak yang x semestinya berlaku di dunia sebenar. Puas hyung fikirkan adakah sesiapa yang boleh hyung harapkan dapat bantu hyung, tapi malangnya tiada. Kalau term sekarang digunakan hyung boleh dikategorikan sebagai 'Forever Alone'.

Beberapa tips yang hyung ingin kongsikan sekiranya anda menghadapi situasi sama seperti hyung. Pertamanya sekiranya anda berasa sedih dan ingin menangis, jangan cuba buat-buat tabah. Lepaskan semua air mata anda dan jangan berasakan menangis itu tanda lemah. Hyung lelaki dan hyung selalu menangis bukan kerana hyung lemah tapi ingin melepaskan segala beban yang ada dalam kepala dan hati ini. Percayalah bukan setakat air mata yang jatuh, beban dan kekusutan fikiran juga menjadi lebih lapang. (something special about hyung, hyung suka sangat menangis kerana dengan menangis hyung tahu hyung masih ada perasaan. kadang-kadang hyung mencari drama korea yang sedih untuk memudahkan hyung tersentuh dan menangis. anda boleh juga mendengar OST atau lagu2 ballad yang membantu)


Tips kedua, cari muzik yang anda minati dan berkaraoke (humming pon boleh jugak). Karaoke di sini hyung x syorkan anda pergi ke Karaoke Box atau tempat berkaraoke tetapi cukuplah hanya di rumah. Bagi pengguna laptop hyung cadangkan anda menggunakan Minilyrics. Tujuannya sekadar menghilangkan perasaan keseorangan itu. Cara ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda mempunyai artis kegemaran anda. Macam hyung pastinya hyung akan mendengar lagu solo Taeyeon because she is my bias. (Bukan senang nak nyanyi lagu Taeyeon, semua nada tinggi jah) So, whos your bias is based on what you prefer. Voice, body, cute, beautiful or anything can be considered. Hatsune Miku?

Kalau dapat karaoke dengan kawan lagi best! (that ass~)
Ketiganya, menulis. Tuliskan segala perkara yang membuatkan anda sedih, berasa keseorangan dalam satu diari (sekiranya ada). Boleh juga anda menulis dalam blog dan ekspresikan perasaan anda dalam bentuk tulisan. Dengan itu, anda sendiri akan faham situasi anda kerana anda telah susunkan segalanya dalam bentuk tulisan (jangan pelik kerana manusia selalunya tidak memahami diri mereka sendiri). Cara inilah yang hyung sedang praktikkan nih. Menulis dan memberi tips kepada anda zahirnya tapi sebenarnya peringatan dan tips untuk hyung sendiri. huhu (malu~)

Hyung cukup bersyukur kerana hyung masih dapat mengawal diri daripada melakukan perkara terkutuk seperti membunuh diri. Memang hyung akui kadang-kadang hyung ada terfikir untuk melakukannya tetapi sebagai seorang Islam, ianya hanya terlintas di kepala kerana kita tahu betapa beratnya hukuman mereka yang bunuh diri. Hyung lebih sanggup mengharungi payah kehidupan dunia berbanding hukuman akhirat. Bayangkan sekiranya kita bukan Islam, entah mungkin hyung dah tiada lagi di dunia. Mentailit orang bukan islam lain, lihatlah frekuensi bunuh diri di Jepun, kalau bunuh diri cam samurai dulu2 kira ok lagilah, mati bermaruah. 


The Moon That Embrace The Sun


Poker Face Robin

Trafalgar Law Rule The World

Inovasi: Rumah Terapung

Siapa yang tidak inginkan kebebasan dan ketenangan alam semulajadi? Bayangkan sebuah rumah dikelilingi air dan alam semulajadi lagi-lagi di tempat yang mempunyai batu karang yang indah. Rumah terapung ini dapat merealisasikan impian anda.


Rumah Terapung adalah sebuah projek yang direka oleh seorang arkitek Dymitr Malcew untuk pengeluar Perancis H2ORIZON. Projek ini dicipta untuk mereka yang cintakan kebebasan dan alam sekitar. 

Tidak seperti bangunan-bangunan lain yang dinamakan terapung tetapi masih mempunyai tiang dan berkedudukan tetap, rumah ini mempunyai kebolehan untuk bergerak dan terapung secara bebas di platform yang boleh terapung seperti kolam buatan dan laut. Konsep kebebasan yang sangat bebas. Rumah ini menawarkan dua buah bilik mewah, dua bilik air, ruang tamu dan sebuah dapur - kesemuanya dilihat berdekatan dengan cermin dinding sekaligus memudahkan interaksi dengan dunia luar dan alam sekitar. 

Tapi hyung tertanya-tanya bagaimana kalau dibina dilaut dengan ombak yang agak kasar, tidakkah terumbang-ambing dan huru-hara jadinya nanti. Kemungkinan untuk rumah tersebut hanyut juga agak tinggi. Macam mana pun, Ignore that and enjoy the scenery:






SUMBER: FloatingHouse

Windows 8 Update: Mesra Tetikus

Windows kembali dengan update yang lebih mesra tetikus. Windows 8.1 update 1 memfokuskan kepada pengguna desktop yang lebih selesa menggunakan tetikus. Mari ikuti apa yang baru sebenarnya dengan update kali ini. Hyung hanya akan menyentuh perubahan besar sahaja.


1. Sokongan Tetikus untuk Full Screen Apps


Sebelum ini di Windows 8, sekiranya anda ingin menutup sesuatu apps, anda perlu menghalakan kursor ke atas dan tarik ke bawah. Kaedah ini agak sukar bagi pengguna tetikus. Kini ciri tersebut masih dikekalkan tetapi lebih mesra tetikus apabila wujudnya bar menu dan butang X (close) di belah kanan atas supaya pengguna boleh menutup dengan lebih mudah tanpa perlu melalui atas ke bawah.

2. Klik-Kanan Pada Start Menu


Satu lagi fungsi mesra pengguna tetikus, klik kanan akan membuka satu opsyen untuk susun atur, ubah saiz dan banyak lagi. Lebih mudah kerana pengguna tetikus dan papan kekunci tidak perlu lagi pergi ke menu yang keluar di bawah dan naik ke atas semula. Hyung dapati ini antara update yang terbaik setakat ini kerana sangat membantu pengguna tetikus membuat perubahan pada start menu.

3. Butang Shutdown Baru


Anda tidak perlu lagi klik pada butang Setting dan kemudian butang Power pula untuk menutup komputer atau tablet anda. Dengan Windows 8.1 Update, kerja-kerja menutup, restart dan sleep menjadi lebih mudah dengan kawalan daripada Start Screen sahaja.

4. Pin Modern Apps ke Toolbar


Salah satu masalah besar Windows 8 ini adalah mengasingkan antara apps dan desktop. Update kali ini memungkin anda untuk mengepin apps yang anda inginkan kepada toolbar sekaligus memberi kawalan mudah. Hyung sangat suka fungsi ini, bukan setakat pin sahaja, kawalan terhadap beberapa apps juga seperti desktop apps. Contohnya modern apps music boleh dikawal hanya dengan menghalakan kursor anda ke arah apps tersebut di toolbar.

Twitter Update: Rekabentuk Halaman Profil

Eh, hyung tersilap letak gambar ke? Tajuk Twitter update, kenapa letak Timeline Facebook pulak ni. Sabar nakama-nakama sekalian, ini bukan salah hyung. Tanya Twitter sendiri yek...


Chrome Update: Google Chrome 34

Google Chrome, browser terbaik abad ini membuat beberapa pembaikian untuk penggunaan yang lebih stabil. Pada hari Selasa, Chrome Team memperkenal Chrome 34 untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.


Beberapa fungsi ditambah dan diperbaiki yang memfokuskan kepada developer seperti sokongan API baru dan gambar responsif pada web. Bagi pengguna biasa macam kita ni, Google memudahkan pengguna memindah masuk data "Supervised User" dan tab-tab yang dibuka boleh digerakkan dan diubah saiznya dan hyung dapati, ianya seperti di desktop. Fungsi "OK Google" juga turut disertakan untuk semua, kali ini lebih besar dan menarik. 



Cuba anda perhatikan toolbar di bawah, ianya bukanlah toolbar untuk desktop tetapi didalam apps chrome ini sendiri. Menarikkan? Bagi pengguna sedia Chrome, anda tidak perlu berbuat apa-apa sekiranya anda menetapkan kepada Automatic Update. Enjoyy!!

SUMBER: googlechromerelease

5 Tips Mengecas iPhone Dengan Lebih Cepat

Pernahkah anda menghadapi situasi iPhone anda kehabisan bateri ketika anda ingin membuat urusan penting menggunakan telefon pintar tersebut? Hyung pasti ramai pengguna iPhone pernah sekurang-kurangnya sekali berdepan dengan situasi tersebut. Memang menjengkelkan.


Boa Menyanyikan 'Masayume Chasing' Sebagai Opening Fairy Tail

Fairy Tail sudah pun membuka tirai baru 5 April yang lepas. Hyung sudah puas dengan berita tersebut, tetapi satu lagi berita yang betul-betul memuaskan hati hyung iaitu lagu Opening Fairy Tail akan dinyanyikan oleh Boa dengan tajuk lagu 'Masayume Chasing'. 

Lihat Juga: Fairy Tail Kembali 5 April 2014


Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Revolution

Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Revolution adalah sebuah permainan video yang bakal dikeluarkan musim luruh 2014 (waktu Malaysia bila?) yang sedang diusahakan oleh CyberConnect 2 dan akan dikeluarkan untuk Xbox 360 dan Playstation 3.


Game ini membawakan 100 karakter yang boleh dikawal. Terdapat beberapa karakter baru yang direka oleh Masashi Kishimoto sendiri seperti Mecha-Naruto dan menariknya, terdapat dua tahap kebangkitan (rujuk: awakening): Transformasi ekor tiga dan tranformasi Mecha-Kurama. Karakter lain juga mempunyai dua tahap kebangkitan, tidak seperti Fullburst yang hanya boleh melakukan sekali kebangkitan.



Mecha-Naruto:



Untuk jalan ceritanya, game ini akan meneruskan cerita daripada versi sebelum ini (rujuk: Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Fullburst) dan sebuah cerita asal tetapi berasingan untuk Mecha-Naruto. Dalam game kali ini, kita akan dapat lihat beberapa perubahan dari segi sokongan kumpulan (rujuk: team suppport) dan sokongan individu. Beberapa mod permainan baru diperkenal, mod Ninja World Tournament yang menempatkan pemain dalam sebuah pertarungan melawan tiga CPU dengan matlamat untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bola chakra ketika pertempuran. Satu lagi ciri terbaru termasuklah jalan cerita terbaru yang mengisahkan masa lampau Akatsuki dan akan membolehkan pemain memilih untuk melawan atau merekrut beberapa ahli masuk ke Akatsuki.

Ninja World Tournament:



Antara karakter yang boleh dikawal terbaru kali ini termasuklah:
1. Mecha-Naruto
2. Mu, second tsuchikage (Reincarnated)
3. Second Mizukage (Reincarnated)
4. Third Raikage (Reincarnated)
5. Fourth Raikage (Reincarnated)
6. Shisui Uchiha

Hyung sudah pun cuba Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Fullburst, gameplay dia memang terbaik dan puas terutamanya ketika free battle bersama adik-beradik hyung. Game ini tidak akan keluar untuk PC, jadi jangan berharap sangat wahai pengguna PC. Anda hanya berpeluang bermain menggunakan emulator-emulator tertentu. Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk pengguna PC. 

Kanta Lekap Bersama Night Vision

Satu lagi teknologi baru dan menarik yang berpotensi untuk meningkatkan keupayaan manusia: kanta sentuh yang dilengkapi dengan 'Night Vision'. 


Confident Level: Ji Suk Jin


Kostum Baru Captain America The Avengers: Age of Ultron 2015

Baru semalam (4.4.2014) Captain America: The Winter Soldier mula keluar di pawagam, mereka sudah pun memulakan penggambaran untuk tahun hadapan. 

Filem Attack on Titan Bertempat di Pulau Kapal Perang [20 Gambar]

Filem Attack on Titan akan bertempat di Hashima atau dipanggil Gunkajima (Battleship Island). Seperti yang digambarkan sebelum ini oleh Japanese Daily, sememangnya pulau tersebut berbentuk sebuah kapal perang besar jika dilihat dari atas. Dipenuhi dengan bangunan usang, tempat ini boleh dikatakan tempat yang sempurna untuk menggambarkan serangan Titan.

Lihat juga: Attack on Titan (live-action) Dijangka Tiba 2015

[Sumber Gambar: Wiki]

Seperti mana yang dinyatakan oleh laman web rasmi pulau tersebut, Gunkanjima diduduki oleh pelombong arang dan keluarga mereka. Semua kemudahan awam lengkap termasuk sekolah, kedai dan juga salun telah ditinggalkan. Hari ini, pulau ini menjadi destinasi pelancongan.

Mari kita lihat beberapa gambar lagi daripada Twitter milik @oi_hashima. Hyung hanya akan paparkan beberapa gambar yang menarik perhatian hyung sendiri:





















Filem Attack on Titan dijangka akan dikeluarkan 2015. Anda boleh lihat banyak gambar menarik daripada @Oi_Hashima melalui pautan di bawah:

おいでよ軍艦島[@Oi_Hashima]
P