Sentiasa Bersangka Baik


0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

[Album] A Pink - Pink Blossom

A Pink, sebuah kumpulan dibawah A Cube Entertainment yang agak terkenal di kalangan pemuda dengan wajah comel mereka membawakan sebuah mini album baru yang bertajuk 'Pink Blossom'.


0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

Cut the Rope 2 Akhirnya Sedia Dimainkan oleh Pengguna Android

Raksasa gula-gula kembali dengan ciri-ciri yang lebih menarik dan mencabar untuk pengguna Android.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

Creative Ways People Around the World Show Their Concerned About MH370 Tragedy


Lebih tiga minggu kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Segala aktiviti pencarian dan menyelamat (rujuk: SAR) telah dijalankan sejak hari pertama lagi. Setakat ini dikhabarkan 26 buah negara telah pun menyertai pasukan misi SAR pesawat tersebut dan mereka masih mencari hingga ke hari ini. Malaysia beruntung kerana mempunyai hubungan diplomatik yang amat baik dengan kebanyakan negara di dunia.

Orang ramai yang memerhati dan mengikuti perkembangan pesawat tersebut bersimpati dengan keluarga mangsa. Masakan kita sama sekali tidak bersimpati melihat keadaan mereka yang sangat kasihan, hanya dengan melihat raut wajah mereka sudah pun menceritakan segala keresahan dan kerisauan yang mereka sedang hadapi. Dengan itu, ramailah individu mahupun kumpulan yang cuba menyampaikan rasa prihatin mereka dengan orang ramai terutama keluarga mangsa yang terlibat. 

Dalam entri kali ini, marilah kita sama-sama hayati penat lelah mereka yang terlibat dalam usaha murni menenangkan suasana. Kebanyakan platform yang mereka gunakan adalah solat hajat bagi muslim, poster, tanda tangan beramai-ramai, gambar, pesanan dan yang paling gempak sekali menggunakan pasir membentuk mesej yang teramat kreatif. Sama-sama kita hayati:

1. Doa dan Solat Hajat


Brunei


2. Wall of Wishes

UNIMAS
UNIMAS
Taiping, Perak
Pavilion KL
Pavilion KL
Pavilion KL
KLIA
4. Graffiti


Taiping, Perak
Taiping, Perak
Makati City, Metro Manila, Philippines
Makati City, Metro Manila, Philippines
5. Seni Binaan Pasir


Pantai Puri, India
Pantai Puri, India
Pantai Puri, India
6. Poster BN

Setiap titik peluh yang dihasilkan menjadi bukti betapa prihatinnya mereka terhadap saudara-saudara atas dasar kemanusiaan. Sama-samalah kita berdoa dengan cara masing-masing supaya mangsa terlibat ditemukan dan masih hidup atau setidak-tidak dapat menemui mayat mereka jika telah meninggal dunia.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

Assassin Creed Unity 2014 to be set in Paris


Ubisoft telah pun memaparkan trailer pertama untuk game Assassin Creed yang bakal dinamakan sebagai Assassin Creed: Unity. Game ini diramalkan akan dikeluarkan untuk dimainkan oleh beberapa platform terkenal seperti PlayStation 4, Xbox One dan PC akhir tahun ini menurut Kotaku. Antara tarikan utama versi ini adalah dimana ia akan mengambil tempat semasa Revolusi Perancis (rujuk: French Revolution).

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

Twitter Update: Multi-foto dan Fungsi Tag

Twitter hari ini menampakkan update terbaru mereka hari ini dengan dua fungsi yang lebih penting dan berguna: kebolehan untuk memasukkan 4 gambar sekaligus dalam satu tweet dan kebolehan mengetag gambar sehingga 10 orang satu gambar. Setakat ini hanya pengguna Android dan Iphone sahaja mendapat fungsi tersebut.

Fungsi berkongsi sehingga 4 gambar pada satu tweet dilihat sangat berguna dan pastinya amat digemari oleh pengguna. 4 gambar yang dipilih akan diperlihatkan kepada follower secara kolaj(collage). 


Bersama dengan sokongan multi-foto, pengguna juga boleh tag orang lain dalam gambar mereka. Butang baru "who's in these photos?" membolehkan anda menambah username kenalan kedalam gambar yang ingin dikongsi. Fungsi tag foto ini tidak akan mengurangkan bilangan karakter dalam setiap tweet. Ianya juga secara tidak langsung berfungsi sebagai medium notifikasi yang dapat mempertingkatkan interaksi antara kenalan dengan lebih segera dan santai.



Kedua-dua fungsi baru ini akan dilancarkan kepada pengguna tidak lama lagi. Pastikan anda muat turun update tersebut hari ini untuk mendapatkan fungsi menarik ini.

Muat turun Twitter:







0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

Typical Anime Character

Sepanjang anda mengikuti setiap siri anime, mungkin anda telah pun mengetahui dan merasai terdapat persamaan jenis karakter dalam setiap anime. Mesti ada hero, saingan yang selalunya bermula dengan karakter jahat dan akhirnya mereka menjadi nakama, lelaki lucu, perempuan berdada besar, dan penjahat. Sememangnya mereka datang dengan nama dan personaliti yang berlainan tetapi secara basicnya inilah watak yang akan selalu muncul di setiap anime dan manga. Artikel ini hanya akan menyentuh karakter hero.
Hero adalah karakter utama walaupun mereka tidak semestinya karakter yang terhebat, keazaman dan kebolehan mencari kuasa tersembunyi sentiasa memberikan mereka kekuatan yang cukup kuat untuk mengalahkan musuh. Selalunya hero adalah mereka yang bodoh dan naif. Apa yang membuatkan mereka ini hero adalah sikap mereka yang sentiasa berusaha untuk menegakkan keadilan dengan cara mereka sendiri.
Antara hero yang mempunyai karakter ini termasuklah Goku(Dragonball), Naruto(Naruto), Kenshin(Rurouni Kenshin) dan Luffy(One Piece). Jika anda perasan semua karakter tersebut adalah suci, naif dan kadang-kadang bersikap agak gila ketika bersama nakama mereka, tetapi sebaik sahaja mereka menyaksikan ketidakadilan berlaku mereka terus bersedia untuk berlawan untuk membetulkannya.

Menariknya, mereka juga mempunyai personaliti yang hampir serupa. Nafsu makan mereka cukup tinggi melebihi tahap normal manusia makan. Contohnya Luffy, Goku dan Toriko(Toriko). Mungkin perut mereka mempunyai ruang yang cukup besar. Ianya masih logik bagi luffy kerana perutnya boleh direnggangkan disebabkan sifat getah yang ada pandanya. 
Berkemungkinan besar para pelukis dan penerbit anime sudah pun perasan akan sifat personaliti hero yang hampir serupa, jadi mereka memutuskan untuk menerbitkan satu jenis hero yang baru. Karakter hero ini lebih gelap dan mereka mempunyai satu matlamat sehingga sanggup mengorbankan sesiapa dan apa pun asalkan impiannya tercapai, bukannya seperti hero biasa yang ingin melindungi setiap orang sekelilingnya. Beberapa contoh karakter seperti ini termasuklah Lelouch(Code Geass) dan Light Yagami(Death Note). Hero ini mengaburkan pandangan kita antara baik dan jahat sehingga membuatkan kita sentiasa menyokong mereka walaupun kita tahu perbuatannya tidak sepatutnya dilakukan.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?

Be My Nakama

Selamat datang ke laman kawaii nakama.


2 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?