Assassin Creed Unity 2014 to be set in Paris


Ubisoft telah pun memaparkan trailer pertama untuk game Assassin Creed yang bakal dinamakan sebagai Assassin Creed: Unity. Game ini diramalkan akan dikeluarkan untuk dimainkan oleh beberapa platform terkenal seperti PlayStation 4, Xbox One dan PC akhir tahun ini menurut Kotaku. Antara tarikan utama versi ini adalah dimana ia akan mengambil tempat semasa Revolusi Perancis (rujuk: French Revolution).

Video pendek itu dimulakan dengan menumpukan kepada keadaan persekitaran yang lengang dan dengan perlahan bergerak ke arah orang ramai yang sedang mengelilingi lokasi hukuman. Video tersebut diakhiri dengan situasi tersebut diperhatikan oleh pembunuh(assassin) misteri berpakaian seperti tentera laut berwarna biru seolah-olah sedang bersedia beraksi untuk misi seterusnya.



Menariknya, Ubisoft melaporkan bahawa tahun ini sahaja mereka akan mengeluarkan dua versi Assassin Creed dan salah satunya ialah Assassin Creed: Unity manakala tiada sebarang kebocoran imej dipaparkan bagi satu lagi versi. Ubisoft juga mengatakan mereka telah berusaha menyiapkan game ini sejak tiga tahun yang lepas di mana kita boleh menetapkan harapan yang tinggi kepada kualiti grafik dan jalan ceritanya.

Baru sahaja lima bulan lepas pengguna disajikan dengan Assassin Creed: Black Flag yang bertemakan Lanun bertempat di Carribean. Ianya menyediakan sistem kawalan yang cukup selesa dan mudah dikawal. Kali ini, Ubisoft menambah beberapa ciri kawalan terbaru seperti 'parkour up' dan 'parkour down'. Setakat ini fungsi sebenar ciri tersebut masih lagi menjadi persoalan.

 




0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?