Windows kembali dengan update yang lebih mesra tetikus. Windows 8.1 update 1 memfokuskan kepada pengguna desktop yang lebih selesa menggunakan tetikus. Mari ikuti apa yang baru sebenarnya dengan update kali ini. Hyung hanya akan menyentuh perubahan besar sahaja.
1. Sokongan Tetikus untuk Full Screen Apps
Sebelum ini di Windows 8, sekiranya anda ingin menutup sesuatu apps, anda perlu menghalakan kursor ke atas dan tarik ke bawah. Kaedah ini agak sukar bagi pengguna tetikus. Kini ciri tersebut masih dikekalkan tetapi lebih mesra tetikus apabila wujudnya bar menu dan butang X (close) di belah kanan atas supaya pengguna boleh menutup dengan lebih mudah tanpa perlu melalui atas ke bawah.
2. Klik-Kanan Pada Start Menu
Satu lagi fungsi mesra pengguna tetikus, klik kanan akan membuka satu opsyen untuk susun atur, ubah saiz dan banyak lagi. Lebih mudah kerana pengguna tetikus dan papan kekunci tidak perlu lagi pergi ke menu yang keluar di bawah dan naik ke atas semula. Hyung dapati ini antara update yang terbaik setakat ini kerana sangat membantu pengguna tetikus membuat perubahan pada start menu.
3. Butang Shutdown Baru
Anda tidak perlu lagi klik pada butang Setting dan kemudian butang Power pula untuk menutup komputer atau tablet anda. Dengan Windows 8.1 Update, kerja-kerja menutup, restart dan sleep menjadi lebih mudah dengan kawalan daripada Start Screen sahaja.
4. Pin Modern Apps ke Toolbar
Salah satu masalah besar Windows 8 ini adalah mengasingkan antara apps dan desktop. Update kali ini memungkin anda untuk mengepin apps yang anda inginkan kepada toolbar sekaligus memberi kawalan mudah. Hyung sangat suka fungsi ini, bukan setakat pin sahaja, kawalan terhadap beberapa apps juga seperti desktop apps. Contohnya modern apps music boleh dikawal hanya dengan menghalakan kursor anda ke arah apps tersebut di toolbar.
0 comments:
Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?