Kanta Lekap Bersama Night Vision

Satu lagi teknologi baru dan menarik yang berpotensi untuk meningkatkan keupayaan manusia: kanta sentuh yang dilengkapi dengan 'Night Vision'. 


Penyelidik di Universiti Michigan yang berkelulusan Electrical and Electronic Engineer, Ted Norris dan Zhaohui Zhong sudah pun mencipta sebuah sensor cahaya inframerah yang sangat nipis menggunakan Graphene - dua lapisan karbon setebal sebuah atom. Graphene akan menyerap sinaran inframerah dan diterjemahkan kedalam isyarat elektrik. Konsep tersebut seakan-akan konsep yang digunakan dalam kamera digital. 

Pasukan jurutera dan saintis komputer meletakkan satu lapisan penebat antara dua lapisan graphene dan kemudian arus elektrik ditambah. Apabila cahaya inframerah mencecah lapisan tersebut, tindak balas elektrik akan dibesarkan secukupnya untuk ditukar kepada imej penglihatan (rujuk: visible image)

Setakat ini, projek kanta lekap dengan night vision ini masih dalam peringkat permulaan - pengkaji dan penyelidik perlu terus menghasilkan sensor yang boleh mengesan cahaya yang lebih kuat dan membolehkan kanta lekap tersebut beroperasi dengan suhu yang lebih tinggi. Fokusnya juga ialah pada kebolehan mudah alih dan saiznya yang kecil sekaligus meningkatkan keupayaan dan keselesaan pengguna.

Norris dan Zhong menyatakan bahawa teknologi ini boleh diaplikasikan secara lebih meluas seperti meningkatkan keupayaan mod malam kamera dalam telefon pintar dan sebagai cermin depan kereta ketika memandu di tengah malam. Ciptaan ini juga amat berguna dalam meningkatkan kekuatan tentera terutama dalam kegiatan perisikan.

Mereka tidak berjanji produk ini akan keluar dalam masa terdekat, mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi. Walau bagaimanapun, kajian ini membuktikan bahawa kita selangkah lagi ke arah masa depan. Tidak dapat hyung bayangkan manusia akan mampu bermata kucing tidak lama lagi.

Nota kaki: hyung sekarang ni sedang mengambil bidang yang sama dengan penyelidik Norris dan Zhong, Bachelor in Electrical and Electronic Engineer. Proud to be EE department.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?