Attack on Titan (live-action) Dijangka Tiba 2015

Sudahkah anda menonton Shingeki no Kyojin (Attack on Titan)? Jika belum jangan buang masa lagi. Dapatkannya sekarang sebelum live-action keluar tahun hadapan. Shingeki no Kyojin adalah antara anime terbaik pernah hyung tengok. Kualiti lukisan dan jalan ceritanya memang terbaik.


Berita terbaru daripada Japanese Daily melaporkan para pelakon sekarang sedang bersedia memulakan penggambaran di Hashima Island di wilayah Nagasaki atau lebih dikenali dengan Gunkanjima (pulau kapal perang). Tempat ini mempunyai landskap yang dipenuhi dengan bangunan usang sesuai untuk menggambarkan suasana diserang Titan.

Watak utama anime ini, Eren Jaeger akan dimainkan oleh Haruma Miura, berumur 23 tahun dan berpengalaman dalam beberapa projek yang diilhamkan oleh manga seperti Gokusen3, Bloody Monday, Crows Zero II dan Kimi ni Todoke. Pelukis Attack on Titan, Isayama cuba menggambarkan pertempuran antara manusia dengan makhluk gergasi yang mengusasai dunia luar daripada penempatan manusia yang dipisahkan dengan benteng pertahanan.

Subaru Forester berkolaborasi dengan pengarah filem ini sempat menghasilkan iklan berunsurkan Titan. Video tersebut cuba menonjolkan kecekapan Forester mengelak daripada serangan gergasi Titan. Apa yang hyung nampak adalah suatu potensi dari segi CGI yang boleh dikatakan agak advance tetapi keseluruhannya masih kurang daripada teknologi orang-orang putih.




Mari kita nantikan tahun depan dan lihat bagaimana sambutannya. Pasti menarik sekiranya filem ini mendapat sambutan yang hangat.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?