5 Tips Mengecas iPhone Dengan Lebih Cepat

Pernahkah anda menghadapi situasi iPhone anda kehabisan bateri ketika anda ingin membuat urusan penting menggunakan telefon pintar tersebut? Hyung pasti ramai pengguna iPhone pernah sekurang-kurangnya sekali berdepan dengan situasi tersebut. Memang menjengkelkan.


Perkara ini memang tidak boleh dielakkan melainkan anda mempunyai 'power bank' yang boleh dibawa kemana-mana. Tetapi kali ini hyung cuma boleh bagi tips untuk mempercepat kadar pengecasan iPhone anda. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu menunggu 3 jam hanya untuk mengecas.

1. Tutup iPhone

Anda ingin iPhone anda mengecas dengan lebih cepat, cara termudahnya adalah dengan menutup iPhone anda daripada operasi lain supaya kuasa yang dimasukkan dapat dioptimumkan. 

Sekiranya anda mempunyai urusan segera dan anda tidak mahu menutup iPhone tersebut, sekurang-kurangnya tukarkan mod telefon bimbit anda kepada "Airplane Mode". Mod ini akan menghentikan telefon anda daripada terus mencari isyarat Wi-Fi dan seterusnya mempercepat proses.

2. Gunakan Soket Dinding

Iphone anda akan mengecas lebih cepat sekiranya disambungkan ke soket dinding berbanding USB. Justin Horn, pemilik blog When Will Apple? menjalankan beberapa ujian 'USB vs Outlet' dan mendapati iPhone 4 dicas penuh selama 130 minit menggunakan soket dinding dan 160 minit menggunakan USB. Beliau dapat menjimatkan selama 30 minit, kira-kira 23% lebih jimat masa. Keputusan sepenuhnya dapat dilihat dalam graf di laman blognya.

3. Pastikan Sejuk

Tahukah anda kadar penyimpanan kuasa sesebuah bateri akan berkurangan sekiranya terdedah kepada haba yang terlalu panas? Konsep ini juga boleh diaplikasi bagi pengguna yang gemar meletakkan iPhone didalam sebuah kotak khas ketika mengecas. Satu perkara yang anda perlu pastikan ialah kotak tersebut tidak meningkatkan suhu telefon anda. Sekiranya terasa panas daripada biasa, cepat-cepat ubah tempat pengecasan. 

Nasihat penggunaan daripada iPhone sendiri menetapkan supaya memastikan telefon pintar tersebut dalam suhu bilik (22 darjah Celcius atau 72 darjah Fahrenheit). Setahu hyung suhu bilik di Malaysia lebih tinggi dari itu, lebih kurang 25 darjah Celcius?? Mungkin ini suhu bilik di negara pengeluar tapi fokusnya disini jangan biarkan iPhone anda lebih daripada suhu bilik.

4. Cas Guna USB Secara Bijak

Sekiranya cas menggunakan USB adalah pilihan terakhir anda, terdapat beberapa cara efektif yang dapat mempercepat proses pengecasan.

Untuk masa cas yang optimum, anda digalakkan supaya tidak 'sync' telefon anda dalam masa yang sama dan anda dinasihatkan mengeluarkan semua peranti USB yang berkemungkinan mengggunakan kuasa. Jangan biarkan komputer anda dalam keadaan mod 'Standby' atau 'Hibernasi' kerana berkemungkinan kuasa bateri iPhone anda yang akan ditarik masuk ke komputer. Prepare for the worst case.

5. Penyelenggaraan Bateri

Akhirnya, Apple menawarkan beberapa nasihat tentang bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri iPhone.

"Untuk penyelenggaraan bateri berasaskan lithium yang betul, ianya penting untuk sentiasa memastikan electron dalam bateri bergerak. Pastikan bateri tersebut menjalani satu kitaran cas setiap bulan (cas bateri sehingga 100% lalu gunakan sehingga habis)."


0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?