Twitter Update: Rekabentuk Halaman Profil

Eh, hyung tersilap letak gambar ke? Tajuk Twitter update, kenapa letak Timeline Facebook pulak ni. Sabar nakama-nakama sekalian, ini bukan salah hyung. Tanya Twitter sendiri yek...


Seperti mana yang anda dapat lihat, inilah design Facebook, eh Twitter terbaru. Ada yang sudah dapat rekabentuk sebegini? Hyung tak dapat nak tunjuk twitter baru hyung kepada nakama-nakama sekalian sebab hyung pun masih belum dapat update ni. Twitter sendiri menyatakan update ini akan diperkenal kepada pengguna secara berperingkat. InsyaAllah akan hyung update nanti bersama dengan gambar profile twitter hyung yang terbaru.


Berdasarkan apa yang  hyung nampak, setiap tweet tampak lebih besar dan jelas. Mungkin ini juga menjadi masalah bagi yang phobia nampak tulisan besar, jadi tidak menjadi masalah langsung sebenarnya. Hanya ctrl+skrol bawah menyelesaikan segalanya kerana reka bentuk ini nampaknya mesra dengan apa saja saiz. 

Fungsi baru diperkenalkan iaitu pengguna boleh pin mana-mana tweet anda yang anda inginkan di atas sekaligus memberi kawalan kepada terhadap mana-mana pengguna tweet yang ingin melihat profil anda. Pengguna lama akan menerima update ini sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang manakala pengguna baru yang mendaftar hari ini akan terus melihat reka bentuk ini di halaman profil mereka.


0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?