Twitter Update: Multi-foto dan Fungsi Tag

Twitter hari ini menampakkan update terbaru mereka hari ini dengan dua fungsi yang lebih penting dan berguna: kebolehan untuk memasukkan 4 gambar sekaligus dalam satu tweet dan kebolehan mengetag gambar sehingga 10 orang satu gambar. Setakat ini hanya pengguna Android dan Iphone sahaja mendapat fungsi tersebut.

Fungsi berkongsi sehingga 4 gambar pada satu tweet dilihat sangat berguna dan pastinya amat digemari oleh pengguna. 4 gambar yang dipilih akan diperlihatkan kepada follower secara kolaj(collage). 


Bersama dengan sokongan multi-foto, pengguna juga boleh tag orang lain dalam gambar mereka. Butang baru "who's in these photos?" membolehkan anda menambah username kenalan kedalam gambar yang ingin dikongsi. Fungsi tag foto ini tidak akan mengurangkan bilangan karakter dalam setiap tweet. Ianya juga secara tidak langsung berfungsi sebagai medium notifikasi yang dapat mempertingkatkan interaksi antara kenalan dengan lebih segera dan santai.



Kedua-dua fungsi baru ini akan dilancarkan kepada pengguna tidak lama lagi. Pastikan anda muat turun update tersebut hari ini untuk mendapatkan fungsi menarik ini.

Muat turun Twitter:







0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?