Typical Anime Character

Sepanjang anda mengikuti setiap siri anime, mungkin anda telah pun mengetahui dan merasai terdapat persamaan jenis karakter dalam setiap anime. Mesti ada hero, saingan yang selalunya bermula dengan karakter jahat dan akhirnya mereka menjadi nakama, lelaki lucu, perempuan berdada besar, dan penjahat. Sememangnya mereka datang dengan nama dan personaliti yang berlainan tetapi secara basicnya inilah watak yang akan selalu muncul di setiap anime dan manga. Artikel ini hanya akan menyentuh karakter hero.
Hero adalah karakter utama walaupun mereka tidak semestinya karakter yang terhebat, keazaman dan kebolehan mencari kuasa tersembunyi sentiasa memberikan mereka kekuatan yang cukup kuat untuk mengalahkan musuh. Selalunya hero adalah mereka yang bodoh dan naif. Apa yang membuatkan mereka ini hero adalah sikap mereka yang sentiasa berusaha untuk menegakkan keadilan dengan cara mereka sendiri.
Antara hero yang mempunyai karakter ini termasuklah Goku(Dragonball), Naruto(Naruto), Kenshin(Rurouni Kenshin) dan Luffy(One Piece). Jika anda perasan semua karakter tersebut adalah suci, naif dan kadang-kadang bersikap agak gila ketika bersama nakama mereka, tetapi sebaik sahaja mereka menyaksikan ketidakadilan berlaku mereka terus bersedia untuk berlawan untuk membetulkannya.

Menariknya, mereka juga mempunyai personaliti yang hampir serupa. Nafsu makan mereka cukup tinggi melebihi tahap normal manusia makan. Contohnya Luffy, Goku dan Toriko(Toriko). Mungkin perut mereka mempunyai ruang yang cukup besar. Ianya masih logik bagi luffy kerana perutnya boleh direnggangkan disebabkan sifat getah yang ada pandanya. 
Berkemungkinan besar para pelukis dan penerbit anime sudah pun perasan akan sifat personaliti hero yang hampir serupa, jadi mereka memutuskan untuk menerbitkan satu jenis hero yang baru. Karakter hero ini lebih gelap dan mereka mempunyai satu matlamat sehingga sanggup mengorbankan sesiapa dan apa pun asalkan impiannya tercapai, bukannya seperti hero biasa yang ingin melindungi setiap orang sekelilingnya. Beberapa contoh karakter seperti ini termasuklah Lelouch(Code Geass) dan Light Yagami(Death Note). Hero ini mengaburkan pandangan kita antara baik dan jahat sehingga membuatkan kita sentiasa menyokong mereka walaupun kita tahu perbuatannya tidak sepatutnya dilakukan.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?