Be My Nakama

Selamat datang ke laman kawaii nakama.



laman ini merupakan laman perkongsian persendirian di mana kita semua menjadi saudara. Sebagai entri pertama, saya ingin menjemput pembaca-pembaca sekalian menjadi nakama atau sering dibicarakan oleh orang-orang muslim sebagai saudara. Setiap muslim adalah saudara bagi semua yang memeluk agama Islam dan di sini, kita semua adalah nakama dimana setiap pembaca kawaii nakama adalah saudara dan juga nakama kepada pembaca lain dan juga kepada saya.

Kalau nak diikutkan, semua anime yang wujud dalam dunia ni memang banyak tak terkira. Siapa yang mampu nak tengok semua memang boleh dikatakan otaku tahap infinity la. Kebanyakan orang hanya akan memilih yang popular atau hangat yang diperhangatkan lagi dengan elemen suspen yang wajib ada dalam setiap anime. Antara anime tersebut termasuklah Naruto, One Piece, Bleach, Fairy Tail dan yang legend of the legend, Dragon Ball.

Kepada orang yang memang otaku tahap tamparan buaya tembaga raja bomoh, mereka ini memang dah khatam dah semua anime yang dah saya senaraikan tadi dan sentiasa mengikuti perkembangan setiap minggu. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan anime dan tertarik dengan budaya jepun yang sangat popular seluruh dunia ini, bolehlah mulakan dengan anime tersenarai tadi. Tengok gambar atas tu, pak cik matrix morpheus pon dah cemuih(bosan) dengan orang yang terlalu fanatik dengan anime tersebut. Masih banyak lagi anime yang menarik dan tertarik yang masih boleh ditonton.

Satu pantang larang saya selama berada dalam dunia anime ini: jangan sesekali menyamakan anime dan kartun. Cuba bezakan yang mana anime dan yang mana kartun. Kadang-kadang, saya sendiri marah dengan mereka yang sengaja menyamakan anime dengan kartun. Sebagai contoh, ibu saya sendiri selalu menegur saya kerana terlalu kerap menonton kartun. Katanya kartun itu hanya untuk budak-budak kecil sahaja. Persoalan saya, adakah kanak-kanak kecil mampu memahami jalan cerita anime yang sentiasa diputar belitkan bagi menyedapkan cerita tersebut? Mampukah mereka memahami sebagai contoh rancangan Tobi ingin menakluki dunia ninja dengan 'eye of the moon plan' atau 'rancangan mata bulan'? Jawapannya sudah pasti tidak sama sekali. Apa yang mereka fahami hanyalah elemen-elemen humor atau lawak yang diselitkan oleh satu-satu anime.

Bukanlah saya katakan kanak-kanak kecil tidak sesuai mengikuti anime, mereka masih sesuai cumanya disini saya ingin tekankan bukan mereka sahaja yang layak kerana anime sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira umur walaupun sudah berumur 80 tahun. Mungkin generasi kita sekarang ini, orang-orang tua tidak ada yang mengikuti perkembangan anime, tapi tidak mustahil akan datang anime sangat popular di kalangan orang-orang tua. Bunyinya agak keterlaluan dan lawak tapi ianya sangat tidak mustahil malah potensinya agak tinggi.

Sudah cukuplah entri pertama saya bercerita kosong, berkongsi pandangan. Harapan saya semoga saya tidak cepat mengalah dan meninggalkan laman ini bersawang dan usang kerana sudah banyak jugak laman blog yang saya kendalikan tapi ditinggalkan tergendala.

2 ulasan:

  1. Okay okay subarashi, aku followlah blog ko ni. ko jgn tak update pulak hyung-chan.. kehkeh

    BalasPadam
  2. arigato gozaimasu fuxsmon. InsyaAllah hyung akan cuba update selalu.

    BalasPadam

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?