Cut the Rope 2 Akhirnya Sedia Dimainkan oleh Pengguna Android

Raksasa gula-gula kembali dengan ciri-ciri yang lebih menarik dan mencabar untuk pengguna Android.


ZeptoLab kini telah mengeluarkan Cut the Rope 2, sebuah permainan virtual yang berasaskan konsep fizik yang memerlukan pemain memanipulasi objek mengikut keadaan dan setiap aplikasi fizik yang digunakan yang bersesuaian. Objektif utama permainan ini adalah untuk membantu makhluk comel bernama Omnom ini untuk mendapatkan gula-gulanya. Sebelum ini Cut the Rope 2 sudah pun dikeluarkan untuk iOS pada Disember yang lalu, dan mereka menggunakan masa selama beberapa bulan lepas untuk menyediakan permainan ini secara percuma kepada pengguna Android.



Sejak kemunculan pertama permainan francais ini, ianya telah dimuat turun lebih daripada separuh billion, kira-kira 500 juta muat-turun secara keseluruhan. Antara permainan sebelum ini yang dilihat agak popular termasuklah Cut the Rope: Experiments dan Cut the Rope: Time Travel. Kedua-duanya mempunyai ciri gameplay yang hampir serupa dengan sedikit perubahan pada temanya. Sekiranya anda berminat dengan permainan comel sebegini, anda pasti juga ingin mencuba Pudding Monster, sebuah lagi permainan yang dikeluarkan ZeptoLab.


Muat turun Cut the Rope 2:

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?