Facebook Update: Perkhidmatan Panggilan Suara Percuma

Selepas Facebook membeli WhatsApp bernilai $16 billion, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada syarikat sebenar aplikasi permesejan tersebut. Nampaknya, hari ini ada jawapannya dan anda tidak perlu risau lagi.


Syarikat tersebut sudah pun mengemas kini aplikasi Messenger hari ini dengan beberapa ciri utama yang membolehkan pengguna Facebook membuat panggilan suara secara percuma dengan rakan-rakan sesama Facebook.

Ciri tersebut dilihat menyerupai fungsi yang sama terbina dalam beberapa aplikasi permesejan yang lain seperti Viber and WeChat. Pengguna boleh membuat panggilan percuma di mana sahaja anda berada asalkan dapat hubungan internet.

Sekiranya anda lihat 'Contact' pada Facebook melalui Messenger, sebuah icon berbentuk telefon akan kelihatan di tepi nama setiap kenalan. Tap pada ikon tersebut untuk memulakan panggilan. Panggilan hanya akan berjaya sekiranya kedua-dua pemanggil dan penerima mempunyai sambungan data atau wifi.

Satu berita buruk bagi kita pengguna Malaysia, kemaskini Facebook Messenger ini hanya boleh didapati di kawasan Amerika Syarikat sahaja. Jangan risau, tidak lama lagi hyung yakin ianya akan boleh digunakan oleh pengguna seluruh dunia kerana Facebook sentiasa mensasarkan pengguna daripada seluruh dunia.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?