Fairy Tail Kembali 5 April 2014

Fairy Tail, sebuah anime berunsurkan ahli sihir dikhabarkan sudah tamat sebaik sampai ke episod 175. Pelbagai spekulasi dibuat oleh peminat-peminat. Kebanyakan mereka sedih dengan berita tersebut memandangkan jalan cerita dan konsep anime ini yang sangat menarik.


Walau bagaimanapun, segala-galanya kembali reda apabila pelukis anime ini sendiri , Hiro Mashima mengumumkan sehari selepas episod 175 ditayangkan bahawa Fairy Tail akan disiarkan semula mulai Episod 1 di TV Tokyo 6 pada 4 April 2014.



Fairy Tail adalah sebuah anime yang mengisahkan pengembaraan Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir yang menyertai guild dan Natsu Dragneel, seorang ahli sihir yang menggunakan magik purba berunsurkan api.



Peminat setia Fairy Tail dilihat kebanyakannya berpuas hati dengan pelukis Hiro Mashima yang banyak melayan serta memberikan beberapa petunjuk akan Fairy Tail. Beliau banyak memaparkan lakaran karakter Fairy Tail di laman Twitternya.







Baru-baru ini pula, laman rasmi Fairy Tail sendiri telah memuat naik beberapa gambar terbaru Fairy Tail sebagai gambaran yang lebih jelas kepada peminat-peminat.












Hiro Mashima memang seorang yang berhati mulia, beliau juga memaparkan lakaran di bawah...



...dan juga poster cool ini.


tak sabar menunggu 4 April ini - Hope its better and interesting like before.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?