5 Jenaka April Fool Berpotensi

Ada antara anda yang kena tipu semalam? "April Fool!". Hari April Fool satu hari yang menggalakkan manusia saling menipu antara satu sama lain atau hyung kenalinya sebagai hari menambah dosa sedunia. Tetapi tidak semua menipu secara serius, malah ramai antara mereka hanya cuba bergurau secara kreatif menggunakan platform yang sedia ada seperti internet. Berikut adalah beberapa jenaka terbaik malah ada antara rekaan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan:


Gmail Shelfie

Google mendapat idea ini apabila ramai pengguna Gmail yang menggunakan selfie mereka sendiri sebagai tema. Tetapi apa gunanya selfie tanpa sokongan perkongsian? 

Disebabkan itu, wujudlah SHareable sELFIE.

Menurut Google, Gmail Shelfie dibina berasaskan idea yang anda tidak sepatutnya pentingkan diri(selfish) dengan selfie anda itu. Selfie ahli keluarga anda, rakan-rakan, balak dan marka, dan juga selebriti boleh dijadikan tema. Antara selebriti yang menarik perhatian hyung adalah Girls' Generation. *Taeyeon looks beautiful right?


Pokemon Mengambil Alih Google Maps

Nampaknya Google serius dengan Hari April Fool ini. Tidak seperti kebanyakan syarikat-syarikat lain yang hanya menyampaikan idea mengarut tanpa sebarang produk sebenar, Google memberi anda peluang untuk menjadi Pokemon Master. Seperti yang anda lihat dalam video di bawah ini, anda kini boleh mengguna smartphone untuk menangkap beberapa Pokemon dengan hanya satu sentuhan. Magik betul.


Jangan excited sangat, program ini bukanlah dibuat menyerupai permainan sebenar. Smartphone anda tidak akan jadi Pokedex sebenar. Menariknya, anda akan lebih berkuasa daripada Pokemon Master sebenar kerana anda boleh menangkap lebih 100 jenis pokemon yang sepatutnya terhad bagi seseorang pelatih pokeman. Banyaknya Poke Ball yang anda ada!

Samsung Finger


Samsung Electronis semalam memperkenalkan Samsung Fingers, peranti sarung tangan pertama yang boleh dipakai bersama Super Emo-LED teknologi yang fleksible. (Emo sungguh LED tu) Walaubagaimanapun, hyung yakin sekiranya peranti ini menjadi realiti dan dikomersialkan pasti mendapat banyak sambutan. 

Terdapat sebuah peranti daripada HTC yang menyerupai sarung tangan ini bernama HTC Gluuv. Salah satu pergerakan tangannya yang menarik dimana anda boleh 'like' sesuatu post di Facebook dengan memberikan 'thumbs-up' sebenar menggunakan glove tersebut.

The Force Paint


Dapat anda bayangkan dinding dapat meningkatkan signal wifi anda? Dengan Force Paint, cat yang anda gunakan di dinding bertindak akan seperti antenna yang dapat menjadi booster signal wifi. Sememangnya ia hanya satu gurauan, tetapi jangan terkejut sekiranya ia menjadi realiti.

Nokia 3310 Windows Phone 8

Ramai yang mengadu rekaan windows phone terlalu statik dan petak. Cuba lihat rekaan terbaru Nokia ini yang cuba menaikkan nama mereka dengan telefon bimbit lagenda tiga tiga sekupang. 


Bagi hyung, rekaan ini agak menarik dengan tile yang lengkung mengikut bentuk skrin. Bayangkan sekiranya tile tersebut diskrol ke bawah, setiap tile pula berubah mengikut perubahan bentuk skrin, pastinya sesuatu yang baru dan menarik. Ditambah pula dengan sokongan kamera 41-megapiksel, ianya sesuatu innovasi yang lain dari yang lain.

0 comments:

Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?