Poker Face Robin
Inovasi: Rumah Terapung
Siapa yang tidak inginkan kebebasan dan ketenangan alam semulajadi? Bayangkan sebuah rumah dikelilingi air dan alam semulajadi lagi-lagi di tempat yang mempunyai batu karang yang indah. Rumah terapung ini dapat merealisasikan impian anda.
Rumah Terapung adalah sebuah projek yang direka oleh seorang arkitek Dymitr Malcew untuk pengeluar Perancis H2ORIZON. Projek ini dicipta untuk mereka yang cintakan kebebasan dan alam sekitar.
Tidak seperti bangunan-bangunan lain yang dinamakan terapung tetapi masih mempunyai tiang dan berkedudukan tetap, rumah ini mempunyai kebolehan untuk bergerak dan terapung secara bebas di platform yang boleh terapung seperti kolam buatan dan laut. Konsep kebebasan yang sangat bebas. Rumah ini menawarkan dua buah bilik mewah, dua bilik air, ruang tamu dan sebuah dapur - kesemuanya dilihat berdekatan dengan cermin dinding sekaligus memudahkan interaksi dengan dunia luar dan alam sekitar.
Tapi hyung tertanya-tanya bagaimana kalau dibina dilaut dengan ombak yang agak kasar, tidakkah terumbang-ambing dan huru-hara jadinya nanti. Kemungkinan untuk rumah tersebut hanyut juga agak tinggi. Macam mana pun, Ignore that and enjoy the scenery:
SUMBER: FloatingHouse

Windows 8 Update: Mesra Tetikus
Windows kembali dengan update yang lebih mesra tetikus. Windows 8.1 update 1 memfokuskan kepada pengguna desktop yang lebih selesa menggunakan tetikus. Mari ikuti apa yang baru sebenarnya dengan update kali ini. Hyung hanya akan menyentuh perubahan besar sahaja.
1. Sokongan Tetikus untuk Full Screen Apps
Sebelum ini di Windows 8, sekiranya anda ingin menutup sesuatu apps, anda perlu menghalakan kursor ke atas dan tarik ke bawah. Kaedah ini agak sukar bagi pengguna tetikus. Kini ciri tersebut masih dikekalkan tetapi lebih mesra tetikus apabila wujudnya bar menu dan butang X (close) di belah kanan atas supaya pengguna boleh menutup dengan lebih mudah tanpa perlu melalui atas ke bawah.
2. Klik-Kanan Pada Start Menu
Satu lagi fungsi mesra pengguna tetikus, klik kanan akan membuka satu opsyen untuk susun atur, ubah saiz dan banyak lagi. Lebih mudah kerana pengguna tetikus dan papan kekunci tidak perlu lagi pergi ke menu yang keluar di bawah dan naik ke atas semula. Hyung dapati ini antara update yang terbaik setakat ini kerana sangat membantu pengguna tetikus membuat perubahan pada start menu.
3. Butang Shutdown Baru
Anda tidak perlu lagi klik pada butang Setting dan kemudian butang Power pula untuk menutup komputer atau tablet anda. Dengan Windows 8.1 Update, kerja-kerja menutup, restart dan sleep menjadi lebih mudah dengan kawalan daripada Start Screen sahaja.
4. Pin Modern Apps ke Toolbar
Salah satu masalah besar Windows 8 ini adalah mengasingkan antara apps dan desktop. Update kali ini memungkin anda untuk mengepin apps yang anda inginkan kepada toolbar sekaligus memberi kawalan mudah. Hyung sangat suka fungsi ini, bukan setakat pin sahaja, kawalan terhadap beberapa apps juga seperti desktop apps. Contohnya modern apps music boleh dikawal hanya dengan menghalakan kursor anda ke arah apps tersebut di toolbar.
Twitter Update: Rekabentuk Halaman Profil
Chrome Update: Google Chrome 34
Google Chrome, browser terbaik abad ini membuat beberapa pembaikian untuk penggunaan yang lebih stabil. Pada hari Selasa, Chrome Team memperkenal Chrome 34 untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.
Beberapa fungsi ditambah dan diperbaiki yang memfokuskan kepada developer seperti sokongan API baru dan gambar responsif pada web. Bagi pengguna biasa macam kita ni, Google memudahkan pengguna memindah masuk data "Supervised User" dan tab-tab yang dibuka boleh digerakkan dan diubah saiznya dan hyung dapati, ianya seperti di desktop. Fungsi "OK Google" juga turut disertakan untuk semua, kali ini lebih besar dan menarik.
Cuba anda perhatikan toolbar di bawah, ianya bukanlah toolbar untuk desktop tetapi didalam apps chrome ini sendiri. Menarikkan? Bagi pengguna sedia Chrome, anda tidak perlu berbuat apa-apa sekiranya anda menetapkan kepada Automatic Update. Enjoyy!!
SUMBER: googlechromerelease

5 Tips Mengecas iPhone Dengan Lebih Cepat
Boa Menyanyikan 'Masayume Chasing' Sebagai Opening Fairy Tail
Fairy Tail sudah pun membuka tirai baru 5 April yang lepas. Hyung sudah puas dengan berita tersebut, tetapi satu lagi berita yang betul-betul memuaskan hati hyung iaitu lagu Opening Fairy Tail akan dinyanyikan oleh Boa dengan tajuk lagu 'Masayume Chasing'.
Lihat Juga: Fairy Tail Kembali 5 April 2014
Lihat Juga: Fairy Tail Kembali 5 April 2014
Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Revolution
Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Revolution adalah sebuah permainan video yang bakal dikeluarkan musim luruh 2014 (waktu Malaysia bila?) yang sedang diusahakan oleh CyberConnect 2 dan akan dikeluarkan untuk Xbox 360 dan Playstation 3.
Game ini membawakan 100 karakter yang boleh dikawal. Terdapat beberapa karakter baru yang direka oleh Masashi Kishimoto sendiri seperti Mecha-Naruto dan menariknya, terdapat dua tahap kebangkitan (rujuk: awakening): Transformasi ekor tiga dan tranformasi Mecha-Kurama. Karakter lain juga mempunyai dua tahap kebangkitan, tidak seperti Fullburst yang hanya boleh melakukan sekali kebangkitan.
Mecha-Naruto:
Untuk jalan ceritanya, game ini akan meneruskan cerita daripada versi sebelum ini (rujuk: Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Fullburst) dan sebuah cerita asal tetapi berasingan untuk Mecha-Naruto. Dalam game kali ini, kita akan dapat lihat beberapa perubahan dari segi sokongan kumpulan (rujuk: team suppport) dan sokongan individu. Beberapa mod permainan baru diperkenal, mod Ninja World Tournament yang menempatkan pemain dalam sebuah pertarungan melawan tiga CPU dengan matlamat untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bola chakra ketika pertempuran. Satu lagi ciri terbaru termasuklah jalan cerita terbaru yang mengisahkan masa lampau Akatsuki dan akan membolehkan pemain memilih untuk melawan atau merekrut beberapa ahli masuk ke Akatsuki.
Ninja World Tournament:
Antara karakter yang boleh dikawal terbaru kali ini termasuklah:
1. Mecha-Naruto
2. Mu, second tsuchikage (Reincarnated)
3. Second Mizukage (Reincarnated)
4. Third Raikage (Reincarnated)
5. Fourth Raikage (Reincarnated)
6. Shisui Uchiha
Hyung sudah pun cuba Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Fullburst, gameplay dia memang terbaik dan puas terutamanya ketika free battle bersama adik-beradik hyung. Game ini tidak akan keluar untuk PC, jadi jangan berharap sangat wahai pengguna PC. Anda hanya berpeluang bermain menggunakan emulator-emulator tertentu. Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk pengguna PC.

Kanta Lekap Bersama Night Vision
Kostum Baru Captain America The Avengers: Age of Ultron 2015
Filem Attack on Titan Bertempat di Pulau Kapal Perang [20 Gambar]
Filem Attack on Titan akan bertempat di Hashima atau dipanggil Gunkajima (Battleship Island). Seperti yang digambarkan sebelum ini oleh Japanese Daily, sememangnya pulau tersebut berbentuk sebuah kapal perang besar jika dilihat dari atas. Dipenuhi dengan bangunan usang, tempat ini boleh dikatakan tempat yang sempurna untuk menggambarkan serangan Titan.
Lihat juga: Attack on Titan (live-action) Dijangka Tiba 2015
Seperti mana yang dinyatakan oleh laman web rasmi pulau tersebut, Gunkanjima diduduki oleh pelombong arang dan keluarga mereka. Semua kemudahan awam lengkap termasuk sekolah, kedai dan juga salun telah ditinggalkan. Hari ini, pulau ini menjadi destinasi pelancongan.
Mari kita lihat beberapa gambar lagi daripada Twitter milik @oi_hashima. Hyung hanya akan paparkan beberapa gambar yang menarik perhatian hyung sendiri:
Filem Attack on Titan dijangka akan dikeluarkan 2015. Anda boleh lihat banyak gambar menarik daripada @Oi_Hashima melalui pautan di bawah:
おいでよ軍艦島[@Oi_Hashima]
Lihat juga: Attack on Titan (live-action) Dijangka Tiba 2015
[Sumber Gambar: Wiki]
Seperti mana yang dinyatakan oleh laman web rasmi pulau tersebut, Gunkanjima diduduki oleh pelombong arang dan keluarga mereka. Semua kemudahan awam lengkap termasuk sekolah, kedai dan juga salun telah ditinggalkan. Hari ini, pulau ini menjadi destinasi pelancongan.
Mari kita lihat beberapa gambar lagi daripada Twitter milik @oi_hashima. Hyung hanya akan paparkan beberapa gambar yang menarik perhatian hyung sendiri:
Filem Attack on Titan dijangka akan dikeluarkan 2015. Anda boleh lihat banyak gambar menarik daripada @Oi_Hashima melalui pautan di bawah:
おいでよ軍艦島[@Oi_Hashima]
P
Pemenang Anugerah Fotografi Dunia Sony 2014, Bahagian I
Anugerah Fotografi Dunia Sony telah pun mengumunkan pemenang-pemenang bagi kategori Terbuka, Belia dan Anugerah Nasional. Pemenang dipilih daripada lebih 70,000 penyertaan yang terdiri daripada peminat foto dan amatur dari seluruh dunia. Keseluruhan pemenang dan penilaian terakhir untuk semua kategori telah ditetapka dan bakal diumumkan 30 April ini. Setakat ini, ketiga-tiga kategori sahaja sudah dapat membuatkan kita terpegun melihat keindahan foto-foto yang diambil secara fizikal dan maksud yang ingin jurugambar sampaikan.
Hyung sudah pun menyertakan beberapa pemenang, tempat kedua dan ketiga untuk tahun 2014 di bawah ini. Setiap kapsyen adalah berasal daripada jurugambar sendiri, tetapi ada beberapa yang hyung terpaksa pendekkan untuk tujuan slide.
Gallery is empty
Bangga apabila masih ada warga Malaysia yang mendapat tempat dalam pertandingan peringkat dunia ini. Tahniah En. Hairul Azizi Harun.
Facebook Update: Perkhidmatan Panggilan Suara Percuma
Selepas Facebook membeli WhatsApp bernilai $16 billion, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada syarikat sebenar aplikasi permesejan tersebut. Nampaknya, hari ini ada jawapannya dan anda tidak perlu risau lagi.
Syarikat tersebut sudah pun mengemas kini aplikasi Messenger hari ini dengan beberapa ciri utama yang membolehkan pengguna Facebook membuat panggilan suara secara percuma dengan rakan-rakan sesama Facebook.
Ciri tersebut dilihat menyerupai fungsi yang sama terbina dalam beberapa aplikasi permesejan yang lain seperti Viber and WeChat. Pengguna boleh membuat panggilan percuma di mana sahaja anda berada asalkan dapat hubungan internet.
Sekiranya anda lihat 'Contact' pada Facebook melalui Messenger, sebuah icon berbentuk telefon akan kelihatan di tepi nama setiap kenalan. Tap pada ikon tersebut untuk memulakan panggilan. Panggilan hanya akan berjaya sekiranya kedua-dua pemanggil dan penerima mempunyai sambungan data atau wifi.
Satu berita buruk bagi kita pengguna Malaysia, kemaskini Facebook Messenger ini hanya boleh didapati di kawasan Amerika Syarikat sahaja. Jangan risau, tidak lama lagi hyung yakin ianya akan boleh digunakan oleh pengguna seluruh dunia kerana Facebook sentiasa mensasarkan pengguna daripada seluruh dunia.

Download [Single] Crayon Pop - Uh-ee
Instagram Taeyeon Mencecah 2 Juta Follower
Taeyeon, kid leader yang dikenali ramai sebagai ketua pasukan Girls' Generation amat aktif dalam instagram miliknya. Hari ini, akaun Instagramnya sudah pun mencapai 2 juta follower.
Hyung memang selalu ikut segala update Taeyeon daripada hari pertama akaun Instagramnya dibuka. Masih hyung ingat, Taeyeon membuka akaunnya kira-kira sebelum keluarnya album 'Best Selection Non Stop Mix'. Akaun Instagram miliknya ini boleh dikatakan amat penting untuk difollow oleh peminat setia Girls' Generation, siapa lagi yang akan mempromosikan album, comeback mahupun drama member mereka kalau bukan that dorky taengo kid leader. (maaf kalau hyung terlebih-lebih ni, excited nak cerita tentang Taeyeon)
Disebabkan mood hyung hari ini baik, hyung akan sertakan beberapa gambar pilihan daripada akaun Instagram Taeyeon.
Kalau diikutkan hati, masih banyak lagi gambar-gambar menarik daripada instagram Taeyeon ni yang patut disertakan sekali, tapi malangnya instagram terlalu lambat loading. Cemuih la orang kedah kata. Apapun, bagi yang tak follow lagi tu silakanlah follow taeyeon_ss, hyung nak dengar lepas ni instagram Taeyeon mencecah 10 juta, hohohoho...
Attack on Titan (live-action) Dijangka Tiba 2015
[Single] Park Shin Hye - Arm Pillow
Langgan:
Catatan (Atom)
0 comments:
Apa pandangan nakama-namaka hyung tentang artikel di atas?